Tuesday, October 1, 2013

Start today

Saya Hana Suhaila Binti Abu Bakar, menetap di Taman Sri Pulai Perdana , Johor Bahru, Johor.
Kepakaran saya dalam membantu menyelesaikan masalah tabungan kewangan kesihatan ketika di serang penyakit kritikal. Apa persediaan anda dan keluarga anda jika anda mati atau lumpuh sehingga kehilangan punca pendapatan ? Anda mati sebelum mengucapkan selamat tinggal pada orang tersayang . Tahukah anda penyakit kritikal boleh dikategorikan sebagai 3 serangkai iaitu sakit jantung dimana mati sebelum usia, sakit buah pinggang yang melumpuhkan ekonomi kewangan keluarga atau kudrat anda. Termasuklah mengawalan segala jenis makanan jikalau anda di serang menyakit kencing manis.

Ramai yang menganggap dengan mempunyai kelulusan yang tinggi sahaja boleh menjamin kehidupan dan kewangan anda kelak jika menghadapi musibah kelak. Jawapannya anda silap!! Ini telah berlaku pada saya dan keluarga saya. Pada saat itu saya merasakan saya seorang ibu dan anak yang kejam. Peningkatan sara hidup telah menyebabkan saya terlalu sibuk dengan tugas sehingga masa bersama keluarga terabai, saya leka dengan mengejar kerjaya saya.

4 tahun yang lalu anak saya di serang demam panas yang teruk, saya telah menghantar beliau ke HSA Johor. Saya telah menunggu sehingga 5 jam dan saya faham bahawa hospital kerajaan tidak dapat menampung kebanjiran pesakit. Malangnya apa yang di khabarkan selepas anak saya di tempatkan di wad kanak-kanak adalah tidak munasabah. Pegawai telah memberitahu anak saya di serang demam panas sehingga menyebabkan beliau lumpuh. Bagi saya adalah amat mustahil tanpa rawatan susulan. Masih tergiang pesanan bapa saya menerima sebulat suara pendapat saya untuk mengeluarkan anak saya dari HSA, selepas seharian tanpa apa-apa follow-up action.Saya redha dan memberanikan diri mengisi borang kebenaran pulang. Hanya Allah yang tahu dan saya benar-benar pasrah dan saat itu saya berdoa padaNYA jika anak selamat saya mesti membantu orang yang memerlukan.Memindahkan anak saya ke KPJ adalah saranan keluarga dan benar seperti yang di jangka sebenarnya anak saya mempunyai ketumbuhan pada otot peha. Apa yang boleh kanak seusia dengannya memberitahu penyakitnya (3 tahun).  kos RM10,000 di bayar segera sebelum pembedahan. Adakah anda mempunyai wang simpanan untuk anak anda. Apa yang perlu anda lakukan?